 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: June 2011

Wednesday, June 29, 2011

[GENERAL BIOTECH] Malaysia Bangunkan Reaktor Bioteknologi

WASHINGTON 28 Jun - Malaysia akan membangunkan reaktor bioteknologi untuk membolehkan industri itu berkembang pesat bagi memenuhi keperluan khusus fungsi organisma mikro terkini dan termaju.

Reaktor itu akan membuka lembaran baru kajian sains hayat kerana yang bakal dibangunkan nanti bukan jenis yang sedia ada di Malaysia, tetapi berkapasiti besar untuk menampung limpahan masuk pelaburan dalam bidang bioteknologi yang membawa sekali organisma mikro berjenis paling terkini, termasuk yang telah diubah suai genetiknya.

Pembangunan berprofil tinggi itu melibatkan kepakaran beberapa pemain utama bidang bioteknologi dan sains hayat di Perancis, Amerika Syarikat dan India.

Rektor yang digambarkan setinggi bangunan tiga hingga empat tingkat itu akan membolehkan beberapa proses biologi seperti penapaian dan tindak balas organisma mikro terkini dan termaju dapat berlaku di Malaysia dan seterusnya dapat memenuhi keperluan khusus industri farmaseutikal, makanan, minuman, bahan harian dan sebagainya.

Menurut Ketua Eksekutif Bio-XCell Sdn. Bhd., Raja Ridzwa Aziz, reaktor bioteknologi itu sedang dalam pembinaan dan ia tidak sama seperti yang sedia ada di Malaysia sekarang.
Katanya, saiz reaktor bioteknologi yang ada di Malaysia iaitu di sebuah kilang minuman berasaskan proses penapaian hanya berkapasiti 1,500 liter padu sahaja.

''Reaktor biotekologi yang sedang dalam pembikinan sekarang berkapisiti berkali-kali ganda, mencecah puluhan ribu liter isi padu," katanya.

Raja Ridzwa berada di Washington bagi mempromosikan Bio-XCell sebagai entiti komersial bioteknologi di Malaysia.

Bio-Xcell dilancarkan di Chicago pada tahun lepas, bertujuan memacu program pengkomersialan dan penyediaan taman dan ekosistem bioteknologi yang kondusif di kawasan pertumbuhan Iskandar, Johor.

Sejak itu, Bio-Xcell tidak menoleh ke belakang dan terus mengikat pemain utama industri dari seluruh dunia untuk melabur dan mencurahkan kepakaran secara langsung atau tidak langsung kepada anak tempatan.

Menurut Raja Ridzwa, pelaburan bermakna bagi pembangunan bahan penisilin yang boleh dimakan terus secara oral dan bukan lagi melalui suntikan oleh sebuah syarikat iaitu Biocon dari India, syarikat biofarmasi dari Perancis iaitu Metabolic Explorer serta Glycos Technology dari Amerika Syarikat dijangka membawa pelaburan ratusan juta ringgit.
 
Picture: MUHYIDDIN bersama Raja Ridzwa (tiga dari kanan) melihat tapak bangunan Bio-Xcell yang akan dibina di Nusajaya, Johor selepas merasmikan BioMalaysia 2010
Source: http://www.bharian.com.my/articles/Bio-XcellpikatpelaburansyarikatglobalRM1bilion/pix_gal0
 
Katanya, pembangunan reaktor bioteknologi itu merupakan salah satu keperluan asas yang sangat penting untuk menampung permintaan pelabur luar itu
 

[GENERAL BIOTECH] Potensi industri bioteknologi di Iskandar Johor

PADA ketika ini, negara telahpun memasuki fasa kedua dalam membangunkan industri bioteknologinya. Justeru, ia sepatutnya telah meninggalkan fasa merangkakrangkak untuk mengenalinya, sebaliknya perlu berkembang ke peringkat yang lebih jauh iaitu mengkomersialkannya.

Malangnya, tidak ramai antara kita yang maklum dan sedar mengenai potensinya sedangkan di peringkat global, bioteknologi telah menjadi satu industri yang besar dan berpengaruh. Nilai urusniaga bioteknologi dunia kini telah mencapai lebih RM2 trilion dengan penglibatan lebih 5,000 buah syarikat. Kebanyakannya menguasai pasaran penjagaan kesihatan, kosmetik, pertanian dan sebagainya.

Sebagai contoh tiada siapa yang sangka minuman Coca-Cola adalah hasil resipi bioteknologi. Begitu juga penawar kepada pelbagai jenis penyakit.

Demikianlah hebatnya kuasa bioteknologi yang jika Malaysia tidak mempedulikannya, sudah pasti ia akan ketinggalan jauh dan rugi besar. Ini kerana industri bioteknologi kini telah dianggap sebagai bidang masa depan meninggalkan cara-cara konvensional yang menjadi amalan ketika ini.

Sebelum 1970-an, istilah bioteknologi, kebanyakannya digunakan dalam industri pemprosesan makanan dan pertanian. Sejak 1970-an, ia mulai digunakan oleh badan saintifik Barat untuk merujuk kepada teknik berasaskan makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi, seperti penggabungan semula DNA atau proses berasaskan pengkulturan tisu. Malah istilah ini boleh digunakan dalam erti lebih meluas bagi menggambarkan keseluruhan kaedah silam atau moden, bagi memanipulasi organik untuk memenuhi kehendak manusia.

Justeru, bagaimana pula senarionya di Malaysia kini. Potensinya telah dihidu dan hanya dikembangkan sejak kira-kira lima tahun lalu melalui inisiatif penubuhan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd. (BiotechCorp) yang kini dilihat sebagai tunjang membangunkan bioteknologi Malaysia.

Ia merupakan agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan milik penuh Kementerian Kewangan. Perkembangan bioteknologi Malaysia sejak ia ditubuhkan agak memberangsangkan.

Di bawahnya, kini terdapat lebih 150 syarikat bioteknologi tempatan berstatus BioNexus yang telah menjana urusniaga lebih RM500 juta baik di peringkat tempatan mahupun global. Apa yang membanggakan kebanyakan syarikat ini yang banyak memberi tumpuan kepada sektor pertanian dan penjagaan kesihatan turut mendapat suntikan pelaburan, kerjasama serta keyakinan syarikat antarabangsa.

Syarikat berstatus BioNexus adalah syarikat-syarikat bioteknologi yang telah dikenal pasti oleh BiotecCorp. sebagai berdaya maju. Justeru, ia diberi sokongan di segi pelaburan, bantuan modal, penyelidikan dan sebagainya.

Sesungguhnya Malaysia memang serius dalam membangunkan bioteknologinya. Terbaru, usaha untuk menjadikan kawasan Iskandar Johor sebagai gerbang utama bioteknologi negara telah menjadi kenyataan. Pemilihannya sebagai lokasi pembangunan bioteknologi memang sesuai, lebih-lebih lagi ia sangat berhampiran dengan Singapura yang telah agak jauh meninggalkan kita dalam bidang tersebut.

Picture: Kawasan Iskandar di Johor
Source: http://4.bp.blogspot.com/

Sebahagian daripada Iskandar Malaysia sebagai gerbang bioteknologi negara akan dibangunkan oleh Bio-Xcell yang merupakan syarikat BiotechCorp sendiri. Kini, usaha-usaha untuk menjadikan kawasan itu berekosistem bioteknologi sedang giat dijalankan.

Persoalan yang melingkari Malaysia dalam soal pembangunan bioteknologi ialah masih di segi penerimaan dan pemahaman rakyat mengenainya. Walaupun ia kini telah memasuki fasa komersial, tidak dinafikan banyak lagi ruang dan potensi yang boleh dibangunkan. Paling utama ialah penglibatan rakyat dan sejauh mana mereka mampu memanfaatkan potensinya.

Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa usaha, kempen dan pendidikan mengenainya masih belum cukup. Dalam bidang pertanian misalnya, sejauh manakah institusi desa (kecuali syarikat-syarikat pertanian dan perladangan besar yang telah mempunyai pasukan penyelidikan bioteknologi tersendiri) benar-benar faham untuk menerimanya.

Selain amalan cara konvensional, tahukah mereka usaha pertanian mereka akan memberikan pendapatan berlipat ganda jika memanfaatkan teknologi itu. Seperti semua maklum, usaha pertanian yang dihasilkan melalui teknologi bioteknologi terbukti menjamin penghasilan yang tinggi, tanaman yang tahan penyakit dan mesra alam.

Bagaimanapun di peringkat desa, siapakah yang mahu memulakan usaha memajukan teknologi bioteknologi tersebut? Adakah modal insan di desa benar-benar mampu dan berkualiti dalam memenuhi kehendak itu?

Naib Presiden Kanan, Bahagian Strategi dan Perancangan BiotechCorp. Mohd. Yazid Abd. Hamis berkata, jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut adalah percaturan dan strategi yang kini dilaksanakan pihaknya bagi memastikan institusi desa terpikat dengan potensi bioteknologi.

Perkara paling asas untuk memajukan bioteknologi dalam sektor pertanian di desa ialah sikap warga desa itu sendiri dan kesediaan modal insan yang ada padanya.

''Sebenarnya menyebarluaskan penggunaan teknologi itu tidak memerlukan pengetahuan yang tinggi dalam bidang sains tetapi kesediaan warga desa menerima dan melaksanakannya. Warga desa juga perlu bersedia untuk sepakat memanfaatkan setiap potensi yang ada, misalnya memaksimumkan penggunaan tanah," katanya.

Sebagai contoh mudah bagaimana sesebuah kampung boleh maju dalam penghasilan pisang dengan menggunakan benih yang dihasilkan secara tisu kultur yang dihasilkan oleh syarikat BioNexus.

Selain meningkatkan pendapatan melalui penjualan hasil pertanian yang bermutu tinggi, penduduk desa mampu menjadi penyumbang bermakna dalam memastikan keselamatan bahan makanan negara.

''Menjadi harapan kita, mereka ini pada akhirnya bukan sahaja pengguna teknologi penghasilan benih, malah pada akhirnya mampu membangunkan teknologi itu sendiri. Tidak mustahil, mereka turut akan menjadi pengedar teknologi benih dengan mengambil alih peranan syarikat-syarikat BioNexus berkenaan.

''Senario yang sebegini bukanlah asing di negara-negara yang maju dalam bidang pertanian seperti Jepun, Taiwan dan Thailand yang berjaya menghasilkan produk-produk pertanian yang mengagumkan," katanya dalam satu pertemuan pada Konvokesyen Bio Antarabangsa di Chicago, Amerika Syarikat baru-baru ini.

Apa yang dinyatakan oleh Mohd. Yazid tidak bermakna institusi desa negara langsung tidak mengamalkan teknologi bioteknologi dalam penghasilan pertanian. Ia telahpun dilaksanakan oleh agensi-agensi berkenaan tetapi apa yang beliau maksudkan ialah pelaksanaannya yang lebih menyeluruh selaras dengan perkembangan memberangsangkan teknologi itu sendiri.

Malaysia sendiri memang kaya dengan kepelbagaian bio. Kelebihan ini sudah pasti memberikan kelebihan yang bukan sedikit buat Malaysia, bukan sahaja dalam bidang pertanian, malah dalam bidang penjagaan kesihatan sendiri.

Sumber: Utusan Malaysia (via http://www.iskandarmalaysia.com.my/news/100524/potensi-industri-bioteknologi)

Tuesday, June 28, 2011

[GENERAL BIOTECH] Bioteknologi Bukan Asing Bagi Malaysia

 "Peranan Malaysia dalam bidang bioteknologi bukan lagi sekadar memenuhi jemputan sebaliknya melalui komitmen kerajaan dan Biotechcorp. Fasa mengkomersilkan bidang ini bakal menjana pendapatan dan peluang pekerjaan."

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam rangka lawatan empat hari ke Washington akan merasmikan Konvensyen Antarabangsa Bio 2011.

Bercakap mengenai bioteknologi, ia bukan asing bagi Malaysia, apatah lagi negara kini sudah masuk ke fasa pengkomersilan.

Halim Mohamed yang membuat liputan berkenaan melaporkan, hasil kerja makmal sains oleh Biotechcorp sejak tujuh tahun lalu kini sedia dipersembahkan kepada dunia.

Melalui Malaysian Bio-Xcell Sendirian Berhad iaitu cabang Biotechcorp, ekosistem bioteknologi serta penguasaan negara sebagai hab bioteknologi serantau akan dikongsi.

Taman bioteknologi Bio-Xcell yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor kini sedia menerima syarikat asing yang berminat.
Picture: Bio X-cell Malaysia  
Source: http://www.jobstreet.com.my/logos/agenalogos/bioxcell.jpg

Ia bukan pelaburan sia-sia kerana ada daya penarik.

RAJA RIDZWA RAJA ABDUL AZIZ/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BIO-XCELL
"The location is such very close to various supporting infra. We have access five major ports - three in Malaysia, two in Singapore. Access in two major airports - one in Johor, one in Singapore. One of the reason why our clients are attracted to Bio-Xcell because access and connectivity they have to the ASEAN markets."
(Lokasi sangat strategik dengan infrastruktur sokongan seperti lima pelabuhan utama - tiga di Johor, dua di Singapura. Laluan kepada dua pelabuhan utama, Johor Bahru dan Singapura. Salah satu sebab lagi kenapa pelabur tertarik dengan Bio-Xcell adalah kerana laluan mudah serta pasaran ASEAN.)

Inovasi dari makmal penyelidikan kini dibawa ke pasaran dan sejumlah RM950 juta dilabur bagi menarik penggiat bio dunia oleh Biotechcorp melalui Bio-Xcell.

Lihat berita rakaman di sini.

Sumber: TV3 (via HALIM  MOHAMED/ahalim@tv3.com.my)

Sunday, June 26, 2011

[FOOD BIOTECH] HDC to Help Develop Halal Infrastructure in China

THE Halal Industry Development Corp (HDC) will assist in the development of halal infrastructure in China.

In a statement yesterday, the HDC said it recently signed a Memorandum of Understanding (MoU) with SM International Wholesale (China) Centre Sdn Bhd (SMIW) for developing halal models aimed at benefiting Muslim consumers in the country.

HDC said the signing marks its' sixth overseas initiative to assist other countries in setting up value-added processes for proper halal certification, auditing and other consumer-related advancements.

Similar halal-assisted cooperation has been fulfilled over the past two years with foreign countries that have shown increasing halal concerns, such as Pakistan, Mauritius, the US, Europe and Russia.
"China has been quite taken up with our halal-driven efforts and will appreciate input and advice on how to refine its halal infrastructure.

"This is so that Muslim consumers there can benefit widely from a more integrated halal lifestyle," said chief executive officer Datuk Seri Jamil Bidin.

He said the MoU with SMIW covers areas such as awareness-creation of halal at all levels, training and skills procurement, business matching, trading and investment and securing new markets both at home and other countries.

It includes working with select companies and products on halal standards in China.

The HDC will assist in the promotion of its internationally-recognised halal certification process for halal products through proper technical guidance and organisation.

Jamil said HDC will work to fabricate a design for the development of an industrial park for its Chinese counterpart.

Picture: "HDC will work to fabricate a design for the development of an industrial park for its Chinese counterpart" - Datuk Seri Jamil Bidin
Source: http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/14hdc/Article/


Sumber: BTIMES

[GENERAL BIOTECH] Muhyiddin To Officiate International Bio Exhibition In Washington

WASHINGTON, June 26 (Bernama) -- Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has been given the honour to officiate the 2011 BIO International Convention exhibition, the world's largest biotechnology gathering to be held here next week.

The ceremony will be held on Tuesday at Walter E. Washington Convention Centre, in conjunction with Muhyiddin's four-day working visit to the United States (US) capital, starting Sunday.

Picture: International Bio Exhibition Washington 2011
Source: http://media.biocompare.com/bcimages/content/013/013-0000002193-01-134x100.jpg

Malaysian Ambassador to the US Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis said it was a recognition for Malaysia since Muhyiddin was given the honour to officiate the exhibition, together with other dignitaries.

"It is a great honour because we are participating in the convention for the first time. So, when Malaysia were invited to officiate the opening, it was an endorsement and honour to Malaysia, underlining the country's commitment to biotechnology," he said.

Over 1,700 companies from around the globe will participate in the exhibition while Bio-Xcell, a premier biotechnology ecosystem in Iskandar Malaysia which is being developed on a 60:40 joint-venture between Malaysian Biotechnology Corporation (BiotechCorp) and UEM Land Bhd, will be the only Malaysian participant in the exhibition.

BiotechCorp, which is in charge of facilitating the country's biotechnology industry, has been an avid participant at the annual biotechnology gathering and this year marks the seventh time BiotechCorp is participating in the BIO International Convention.

BiotechCorp first participated in Philadelphia in 2005, followed by Chicago in 2006, Boston (2007), San Diego (2008), Atlanta (2009) and Chicago (2010).

The BIO International Convention attracts the biggest names in biotech, offers key networking and partnership opportunities, and provides insights and inspiration on the major trends affecting the industry.

While in Washington, Muhyiddin will also engage in several biotechnology-related endeavours.

According to Wisma Putra statement, Muhyiddin is scheduled to witness several signings in biotechnology-related industries and meet several renowned biotechnology personalities during his trip here.

Muhyiddin is also scheduled to attend a curtain raiser event for BioMalaysia 2011 and the 2011 Pacific Rim Summit on Industrial Biotechnology and Bioenergy.

The 2011 Pacific Rim Summit on Industrial Biotechnology and Bioenergy which will be held in November this year at the Kuala Lumpur Convention Centre in conjunction with BioMalaysia 2011, is designed to facilitate networking and business partnerships between companies from the US, Malaysia, India, China, Japan and other Asian countries.

Picture: International Bio Exhibition 2010 in Poland last year
Source: http://washington.trade.gov.pl/_/mono_pica_20100512_154724.jpg

According to a Wisma Putra statement, Muhyiddin would be accompanied by his wife Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Science, Technology and Innovation Deputy Minister Datuk Fadillah Yusof as well as other members of the Malaysian delegation which include senior officials from the relevant ministries.

Other programmes that have been lined up during his visit include a roundtable luncheon hosted by the US-ASEAN Business Council and a visit to the University of Maryland, College Park.

Muhyiddin is also scheduled to meet several US senior officials over breakfast on Monday.

Malaysia and the United States have been enjoying warm and friendly relations and in terms of trade relations, the US was Malaysia's fourth largest trading partner in 2010.

Total trade between the two countries in 2010 amounted to RM117.32 billion compared with RM109.21 billion in 2009.

Sumber: BERNAMA

Thursday, June 23, 2011

[GENERAL BIOTECH] Ilmu Bioteknologi Dalam Al-Quran

Sains (bioteknologi) dan al-quran sememangnya tidak dapat dipisahkan, hinggakan di dalam al-quran sendiri terdapat pelajaran yang dapat dikaitkan dengan bidang bioteknologi. Ayat yang dimaksudkan ialah dalam Surah Al-Mukminuun, ayat ke-21:

وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ  ٢٣:٢١
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian darinya kamu makan," (QS. 23:21) 

Dalam ayat di atas, manusia telah diberitahu bahawa barang siapa yang berfikir, sesungguhnya pada haiwan (dan tumbuhan) itu pasti terdapat pelajaran yang penting baginya. Binatang-binatang ternak merupakan antara 'alat' yang digunakan oleh saintis-saintis dalam menjalankan kajian. Bahkan dalam bidang bioteknologi sendiri, terdapat banyak kajian yang dilakukan terhadap haiwan. Dalam satu kajian yang telah dibuktikan (sila lihat disini, dan cari kata kunci "susu", atau klik disini), bidang bioteknologi telah berjaya melakukan penambah-baikan pada haiwan ternakan, agar ianya dapat menghasilkan susu yang lebih berkhasiat untuk manusia, di mana susu yang dihasilkan melalui binatang tersebut memberikan lebih kandungan protein untuk manusia. Sepertimana yang kita tahu, protein memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita, bermula daripada sekecil-kecil elemen, hinggalah yang menyumbang kepada sistem regulatori yang mempengaruhi fungsi seluruh anggota badan. Ini sekaligus membuktikan bahawa kebenaran ayat al-quran di atas, serta menidakkan pandangan bahawa al-quran dan sains itu bertentangan.

Picture: Whole milk from normal cows and transgenic cows with extra casein genes
Source: http://www.biotechlearn.org.nz/

Selain itu, ianya juga memberikan gambaran yang luas kepada kita bahawa masih banyak ilmu daripada al-quran yang belum dikaji, dan kepada para saintis, mereka mungkin boleh menjadikan al-quran sebagai pencetus idea untuk melakukan lebih banyak kajian, khususnya yang berkaitan haiwan dan tumbuh-tumbuhan kerana di dalam al-quran sendiri, memang banyak diperkatakan tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Source: Admin

Wednesday, June 22, 2011

[GENERAL BIOTECH] Global Biotechnology Events in 2011

 
2nd International Conference on Biotechnology and Food Science
Organiser   Co-sponsored by the Asia-Pacific Chemical, Biological & Environmental Engineering Society (APCBEES) and IEEE
Venue   Bali Indonesia Resort, Bali, Indonesia
Date   April 1-3, 2011
Notes   For more details, visit the site.


2011 International Conference on Food Engineering and Biotechnology

Organiser  
Venue   First Hotel, Bangkok, Thailand
Date   May 7-9, 2011
Notes   For registration and paper submission details, visit the site.



Symposium on Plant Protection and Plant Health in Europe 
 
Organiser  
Venue   Bundesforschungsinstitut für Kulturpflanzen in Berlin, Germany
Date   May 21, 2011
Notes   Full details are available at the site.


22nd Pacific Science Congress
 
Organiser  
Venue   Kuala Lumpur, Malaysia
Date   June 14-17 , 2011
Notes   Full details are available at the site.


BIO International Convention 2011
 
Organiser  
Venue   Walter E. Washington Convention Center in Washington, DC
Date   June 27 - 30, 2011
Notes   Full details are available at the site.

[AGRO BIOTECH] Kepentingan Bioteknologi Tumbuhan Kepada Manusia

BIOTEKNOLOGI terus mempengaruhi kehidupan manusia sejak dulu tanpa mengira agama, warna kulit dan cara hidup seseorang. Sama ada disedari atau tidak, kita telahpun menjadi pengguna kepada hasil bioteknologi itu.

Bioteknologi ialah proses di mana sel atau organisme (biologi) digunakan sebagai bahan asas dalam proses (teknologi) untuk menghasilkan sesuatu produk. Teknologi yang berasaskan biologi ini disingkatkan sebagai bioteknologi. Bioteknologi lama digunakan untuk menghasilkan produk seperti kicap, tempe, budu dan keju. Bioteknologi baru atau kejuruteraan genetik adalah proses yang lebih khusus dan terkawal. Apakah perbezaan bioteknologi lama dengan baru?

Perbezaan ketara ialah proses lama adalah proses rambang yang mana kulat atau bakteria digunakan tanpa menentukan gen apa sebenarnya diperlukan. Gen ialah unit biologi yang menentukan baka sesuatu ciri pada hidupan seperti: warna daun, tinggi pokok dan sebagainya. Perlu dijelaskan, untuk penghasilan kicap, keseluruhan kulat digunakan dan membabitkan puluhan ribu gen. Kesan sampingan gengen lain yang dibawa kulat itu tidak semuanya diketahui.

Kejuruteraan genetik pula membabitkan beberapa gen tertentu saja dan fungsi setiap diketahui. Malah, kejuruteraan genetik lebih diberikan tumpuan khususnya dari aspek keselamatan produk. Hidupan yang dihasilkan melalui kejuruteraan genetik ini dikenali sebagai organisme terubahsuai secara genetik (genetically modified organism atau GMO).

Kejuruteraan genetik tumbuhan membabitkan tiga aktiviti berikut: mendapatkan gen yang diperlukan, proses kultur tisu dan memindahkan gengen berkenaan ke dalam tisu tumbuhan. Pokok yang dihasilkan ini dipanggil pokok transgenik.

Transgenik berasal daripada dua perkataan dasar iaitu 'trans' dan 'gen'. Trans adalah singkatan kepada perkataan 'transfer' atau pemindahan, oleh itu pokok transgenik adalah pokok yang telah dipindahkan dengan gen baru (asing). Pokok transgenik dengan gen yang baru akan seterusnya membawa suatu ciri baru.

Proses mendapatkan gen adalah berkaitan dengan kajian keseluruhan gen di dalam sesuatu hidupan atau kajian genomik. Kajian genomik ini semakin popular dan akan dijelaskan lebih lanjut di penghujung artikel ini. Kaedah mendapatkan gen amat kompleks dan tidak akan dihuraikan dalam perbincangan ini. Gen ini tidak dapat ditentukan dengan mata kasar, sebaliknya beberapa uji kaji khusus diperlukan untuk membuktikan gen yang kita peroleh.

Kultur tisu pula ialah kaedah penghasilan anak pokok lengkap di dalam tabung uji menggunakan bahagian pokok seperti daun dan akar. Kultur tisu menggunakan agar-agar yang mempunyai bahan makanan, vitamin dan bahan perangsang, akan mengubah kepingan daun atau akar tadi menjadi kalus. Kalus seterusnya menghasilkan kalus embriogenik, embrio, poliembriogenik, daun dan akhirnya akar (secara berperingkat, satu demi satu). Pada setiap peringkat perubahan itu, jenis bahan perangsang akan diubah sesuai dengan bahagian pokok yang akan dihasilkan. Semua proses ini dijalankan dalam keadaan bebas kuman (steril). 

Picture: Overview of the Tissue Culture Process
Source: http://cpbhisar.org/images/tissue2.jpg

Transformasi pula adalah proses pemindahan gen asing, sama ada daripada tumbuhan itu sendiri atau daripada hidupan lain ke dalam tumbuhan. Proses ini unik dan mustahil dapat dilakukan melalui kacukan biasa. Proses pemindahan gen ini boleh dilakukan oleh bakteria atau kaedah terus. Bakteria, Agrobacterium, berkebolehan memindahkan serpihan khusus gen yang dibawanya ke dalam tumbuhan apabila ia menjangkitinya.

Kaedah terus pula adalah seperti penembakan zarah. Sel tumbuhan akan ditembak dengan zarah emas yang telah disalut dengan gen. Gen yang dipindahkan itu akan masuk ke dalam sel tumbuhan yang kemudiannya diganda dan dibesarkan menjadi pokok.

Antara kejayaan yang dicapai dalam bidang bioteknologi tumbuhan ialah penghasilan buah tomato yang membawa gen pengawal buah masak. Pokok tomato ini menghasilkan buah yang lambat lembik dan segar. Penemuan ini amat penting untuk mengeksport buah ke luar negara. Kejayaan ini menguntungkan penjual dan pembeli kerana mendapat bekalan buah yang masih segar di pasaran.

Kejayaan kedua ialah pemindahan gen sejenis asid lemak menghasilkan biji jarak yang tinggi asid laurik (37 peratus) untuk kegunaan industri bahan pencuci, makanan dan penjagaan badan. Pemindahan gen sejenis asid lemak lain telah meningkatkan kandungan asid stearik daripada dua peratus kepada 40 peratus yang penting khususnya sebagai pengganti lemak koko. MPOB juga aktif menjalankan kajian sedemikian ke atas kelapa sawit.

Pemindahan tiga gen bakteria ke dalam beberapa pokok telah menghasilkan plastik mesra alam. Penemuan ini penting kerana memberi pulangan lumayan dan memulihara alam sekitar. MPOB juga terbabit untuk menghasilkan plastik daripada kelapa sawit. Plastik biasa (daripada petroleum) akan kekal selama puluhan tahun yang menimbulkan kesan alam sekitar, sebaliknya plastik mesra alam ini akan terurai dalam masa beberapa minggu atau bulan saja. Antara kegunaan plastik mesra alam ialah sebagai benang jahitan selepas pembedahan dan sedang dikaji sebagai injap jantung dan injap pembuluh darah.

Penghasilan vaksin di dalam pokok telah diusahakan. Vaksin kolera di dalam ubi kentang berjaya memberi pelalian kepada tikus. Malangnya ubi kentang perlu dimasak dan akan merosakkan vaksin. Tumpuan kini untuk menghasilkan vaksin di dalam buah pisang agar senang dimakan oleh kanak-kanak. Bayangkan kanak-kanak ke klinik untuk imunisasi, hanya diberikan buah pisang dan bukannya suntikan. Tiada lagi tangisan! Buah yang murah dapat dihantar ke negara miskin dengan mudah dan dapat menyelamatkan lebih banyak nyawa.

Pemindahan gen dari pokok atau bakteria telah menghasilkan beberapa pokok yang tahan kulat atau serangga. Ini dapat mengurangkan penggunaan racun kulat atau racun serangga di ladang. Pemindahan gen ini diharap menghasilkan kelapa sawit yang rintang kulat perosak akar, ganoderma, atau serangga seperti ulat bungkus.

Penghasilan pokok yang rintang racun herba banyak dihasil dan dikomersialkan. MPOB berjaya menghasilkan pokok transgenik yang rintang racun herba BastaTM. Pokok-pokok ini akan hidup apabila disiram dengan racun herba berkenaan, sebaliknya pokok rumpai yang lain akan mati.

Ada banyak lagi kemajuan yang dicapai oleh bioteknologi tumbuhan. Apa yang telah dibincangkan membuktikan betapa pentingnya bidang bioteknologi kepada manusia dalam meningkatkan penghasilan makanan dan meninggikan pendapatan pengusaha ladang. 

Picture: Plant Biotechnology in lab
Source: http://3.bp.blogspot.com/

Kajian genomik pula adalah kajian hubungan antara gen dan fungsi mereka. Dua aktiviti popular kajian genomik ialah penjujukan semua gen di dalam sesuatu hidupan dan analisis fungsi pelbagai gen dalam suatu keadaan seperti apabila pokok didedahkan pada suhu tinggi atau apabila kulat menjangkiti pokok. Kajian penjujukan semua gen kini semakin popular, malah keseluruhan gen dan DNA yang terkandung di dalam pokok Arabidopsis dan padi serta beberapa kuman dan kulat berjaya dijujukan. Dengan kejayaan penjujukan keseluruhan gen manusia, punca banyak penyakit yang merbahaya akan dapat diketahui dan langkah merawat atau mencegahnya dapat dilakukan secara berkesan. Sebagai contoh apabila racun pembunuh sel barah dimasukkan ke dalam tubuh, ia akan terus kepada sel barah dan membunuhnya tanpa memberi kesan sampingan kepada sel lain. Begitu juga penentuan gen yang berfungsi apabila pokok sawit diserang kulat yang akan dapat membantu kita mengetahui tanda awal jangkitan, kegemaran kulat berkenaan atau apakah yang sebenarnya terjadi ketika jangkitan. Pengetahuan ini dapat membantu merancang strategi menghalang atau mungkin melewatkan jangkitan kulat tersebut.

Kaedah terkini yang membolehkan ahli sains mengkaji kesan beribu-ribu gen pada satu masa adalah 'teknologi cip DNA' (DNA chip atau microarray technology). Kaedah ini masih baru di Malaysia dan MPOB adalah pelopornya. Melalui penggunaan teknologi berkenaan, fungsi ribuan gen sama ada meningkat atau menurun akan dapat diketahui. Teknologi ini telah berjaya mengurangkan masa analisis fungsi ribuan gen daripada beberapa tahun kepada beberapa minggu saja.

Akhirnya, apakah kaitan kaedah genomik ini dengan kejuruteraan genetik? Pengetahuan mengenai fungsi gen yang diperoleh hasil kajian genomik akan dapat membantu merancang aktiviti kejuruteraan genetik dengan menentukan gen sasaran yang akan memberikan hasil yang paling berkesan. Kaedah genomik juga telah membantu usaha mendapatkan gen yang diperlukan daripada pokok sawit untuk tujuan kejuruteraan genetik. Teknologi cip akan membantu menentukan kesan baik dan tidak baik yang diperoleh hasil pemindahan sesuatu gen. Kesimpulannya, kajian genomik dan kejuruteraan genetik adalah saling lengkap melengkapi dan saling memerlukan. 

Sumber: Berita Harian (via http://www.biotek.gov.my/index.php?option=com_papercutting&id=79&view=show)

[AGRO BIOTECH] Projek Biomas GSIAC Mampu Jana Pulangan Tambahan RM100 Bilion Menjelang 2020

"Projek Biomas GSIAC Mampu Jana Pulangan Tambahan RM100 Bilion Menjelang 2020" - Datuk Seri Najib Tun Abd Razak

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek menambah nilai kelapa sawit atau biomas yang akan dilaksanakan melalui penubuhan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) mampu menjana pulangan tambahan negara dalam lingkungan RM100 bilion menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata projek berkenaan merupakan salah satu daripada tiga projek awal berimpak tinggi yang akan dilaksanakan hasil dari mesyuarat pertama majlis berkenaan yang dipengerusikannya di New York, bulan lepas.

Projek biomas seperti produk farmaseutikal dan enzim melalui kaedah pelaksanaan Private-Public Partnership (PPP) itu melibatkan Sime Darby Berhad dan Felda Holdings Berhad, katanya menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Picture: Biomass in Malaysia
Source: http://hartalega.com.my.tmp4.mschosting.com/userfiles/image/environment/biomas.jpg

"Projek Smart City-Smart Village pula sebagai satu usaha mengimbangkan kemajuan di bandar dan luar bandar yang memfokuskan kepada penggunaan teknologi hijau dan ICT (teknologi maklumat dan komunikasi).

"Ketiga ialah Projek Pembangunan Modal Insan bagi menggiatkan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan (COEs) dengan penglibatan aktif Kementerian Pengajian Tingggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi melalui platform Majlis Sains dan Penyelidikan Kebangsaan (NSRC).

"Dengan adanya projek-projek awal ini, ia akan menjadi pemangkin serta tambah nilai kepada usaha-usaha transformasi sedia ada dalam menyediakan peluang-peluang perdagangan dan pelaburan serta peluang pekerjaan bernilai tinggi," kata Najib.

Noraini ingin tahu peranan GSIAC dalam mengembangkan keupayaan inovasi negara serta harapan dan aspirasi kerajaan terhadap penubuhannya.

Najib berkata antara objektif utama penubuhan GSIAC adalah untuk memberi nasihat dalam mencapai aspirasi menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi, menanda aras kedudukan Malaysia dan daya saing dalam sains dan inovasi serta menjana dan meningkatkan hubungan perdagangan dua hala serta nilai pelaburan.

Beliau berkata selain peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang diwujudkan di bawah 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), sains dan teknologi dan inovasi (STI) merupakan komponen yang sangat penting bagi negara untuk membuat lonjakan kuantum dalam merealisasikan matlamat Model Baru Ekonomi.

Katanya, penggunaan STI yang meluas sama ada dalam pembangunan teknologi dan ekonomi telah dibuktikan oleh negara-negara maju seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.

"Dengan sumber modal insan dan infrastruktur sedia ada, Malaysia mampu berbuat demikian jika keupayaan STI tempatan dapat diperkukuh dan dipertingkatkan lagi melalui hubungan kerjasama yg strategik dengan negara-negara maju tersebut terutamanya di peringkat industri.

"Sehubungan itu kerajaan telah komited dan mengambil inisiatif melalui penubuhan GSIAC yang dianggotai oleh 23 pelaku industri global, pemenang anugerah Nobel dan pakar saintis antarabangsa di samping wakil daripada kerajaan dan industri negara," katanya.

Menjawab soalan tambahan Noraini, Najib berkata projek Smart City-Smart Village dilaksanakan untuk mencari jalan bagaimana aplikasi ICT boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

"Apabila projek ini dilaksanakan nanti kita akan melibatkan penyertaan rakyat secara menyeluruh terutama sekali mereka yang terlibat dalam kawasan setempat.

"Saya percaya ciri-ciri teknologi hijau dan ICT boleh dimanfaatkan dalam pelbagai aspek sama ada dari segi penyampaian kesihatan, pendidikan, maklumat dan juga boleh menambahkan keselesaan hidup kita," katanya.

Menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Najib berkata beliau telah menugaskan Penasihat Sains kepada Perdana Menteri serta agensi berkaitan untuk memastikan pelaksanaan segala projek yang dirancang dilakukan dengan sebaiknya.

Najib menidakkan dakwaan Nurul Izzah bahawa terdapat kelemahan ketara di peringkat pelaksanaan bagi kebanyakan projek kerajaan sebelum ini.

"Saya tak berapa setujulah...malah Malaysia telah diiktiraf oleh kebanyakan negara, yang terbaru sekali di LID (Langkawi International Dialogue), pemimpin-pemimpin negara Afrika begitu kagum dengan kejayaan kita, jadi tak eloklah kita perkecilkan usaha dan kejayaan Malaysia," katanya.

Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong), beliau berkata Akademi Sains New York telah memberi kesanggupan untuk memastikan bahawa para saintis yang terlibat dalam kerjasama dengan Malaysia itu akan merupakan mereka benar-benar yang mempunyai kewibawaan dan kepakaran yang tinggi.

Sumber: BERNAMA

[FOOD BIOTECH] Malaysia Has Potential To Capture Slice Of Halal Gelatine Mart

KUALA LUMPUR, June 14 (Bernama) -- Malaysia, one of the largest producers of palm oil in the world, has the potential to capture a slice of the halal gelatine market.

Halal Industry Development Corp's (HDC) chief executive officer, Datuk Seri Jamil Bidin, said currently, less than one per cent of the world's gelatine production was derived from halal sources.

"Malaysia's palm oil can be used as a source to produce halal gelatine. The country also has the potential in the halal vaccine market, he said.

Jamil said this at a media briefing after the launch of the Halal Pharmaceutical and Health Product 2011 (HALPHARM) Conference here Tuesday.

Picture: International Conference on Halal Pharmaceuticals & Health Product 2011 (HALPHARM)
Source: http://www.halpharm.com/images/bannerpic.jpg

He said halal vaccines could help improve public health, particularly in Muslim countries and the world at large.

"The halal vaccine will eliminate fears and doubts among Muslim communities worldwide on its compliance with halal principles," he said.

Jamil said the value of global halal market was approximately US$2.3 trillion annually and the main portion was food and beverage, which made up 62 per cent of the total market.

The other major segments were pharmaceutical with 22 per cent, cosmetics and personal care 10 per cent and nutraceutical six per cent, he said.

On the conference, Jamil said, the growing interest in pharmaceuticals and health products also provided a legitimate foundation and platform for industry players to network and exchange vital information and knowledge on halal pharmaceutical.

The two-day HALPHARM 2011 is hosted by HDC and joint organised by Asif International Sdn Bhd, Johor Institute of Management Development, Islamic Science University of Malaysia and Global Integrity Products and Services Sdn Bhd.

It aims to address the current development currently taking place in the halal pharmaceutical industry.

Sumber: BERNAMA
back to top