 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: [GENERAL BIOTECH] Apakah Status BioNexus?

Wednesday, July 13, 2011

[GENERAL BIOTECH] Apakah Status BioNexus?

Jika anda sudah terbiasa dengan dunia bioteknologi, khususnya di Malaysia, sudah pasti anda biasa dengan istilah BiotechCorp dan BioNexus. BioNexus adalah satu status standard yang diwujudkan atau diperkenalkan sebagai gelaran yang diberikan kepada syarikat-syarikat bioteknologi yang memenuhi syarat, menjadikan mereka layak untuk menikmati keistimewaan yang terkandung dalam Rang Undang-Undang Jaminan BioNexus.

Antara keistimewaan ini termasuk kebebasan pemilikan, kebebasan mendapatkan sumber dana di peringkat global, kebebasan untuk membawa masuk pekerja mahir, kelayakan bagi insentif kompetitif dan bantuan lain, kelayakan untuk menerima bantuan bagi akreditasi dan standard antarabangsa, memiliki rejim harta intelek yang kukuh, dan pelbagai lagi.

Di Malaysia, semua syarikat bioteknologi disarankan untuk mendapatkan gelaran atau "title" BioNexus agar lebih diiktiraf.

No comments:

Post a Comment

back to top