Sains (bioteknologi) dan al-quran sememangnya tidak dapat dipisahkan, hinggakan di dalam al-quran sendiri terdapat pelajaran yang dapat dikaitkan dengan bidang bioteknologi. Ayat yang dimaksudkan ialah dalam Surah Al-Mukminuun, ayat ke-21:
وَإِنَّ لَكُمْ فِي الْأَنْعَامِ لَعِبْرَةً ۖ نُّسْقِيكُم مِّمَّا فِي بُطُونِهَا وَلَكُمْ فِيهَا مَنَافِعُ كَثِيرَةٌ وَمِنْهَا تَأْكُلُونَ ٢٣:٢١
"Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak, benar-benar terdapat pelajaran yang penting bagi kamu, Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya, dan (juga) pada binatang-binatang ternak itu terdapat faedah yang banyak untuk kamu, dan sebagian darinya kamu makan," (QS. 23:21)
Dalam ayat di atas, manusia telah diberitahu bahawa barang siapa yang berfikir, sesungguhnya pada haiwan (dan tumbuhan) itu pasti terdapat pelajaran yang penting baginya. Binatang-binatang ternak merupakan antara 'alat' yang digunakan oleh saintis-saintis dalam menjalankan kajian. Bahkan dalam bidang bioteknologi sendiri, terdapat banyak kajian yang dilakukan terhadap haiwan. Dalam satu kajian yang telah dibuktikan (sila lihat disini, dan cari kata kunci "susu", atau klik disini), bidang bioteknologi telah berjaya melakukan penambah-baikan pada haiwan ternakan, agar ianya dapat menghasilkan susu yang lebih berkhasiat untuk manusia, di mana susu yang dihasilkan melalui binatang tersebut memberikan lebih kandungan protein untuk manusia. Sepertimana yang kita tahu, protein memainkan peranan yang sangat penting dalam tubuh badan kita, bermula daripada sekecil-kecil elemen, hinggalah yang menyumbang kepada sistem regulatori yang mempengaruhi fungsi seluruh anggota badan. Ini sekaligus membuktikan bahawa kebenaran ayat al-quran di atas, serta menidakkan pandangan bahawa al-quran dan sains itu bertentangan.
Picture: Whole milk from normal cows and transgenic cows with extra casein genes
Source: http://www.biotechlearn.org.nz/
Selain itu, ianya juga memberikan gambaran yang luas kepada kita bahawa masih banyak ilmu daripada al-quran yang belum dikaji, dan kepada para saintis, mereka mungkin boleh menjadikan al-quran sebagai pencetus idea untuk melakukan lebih banyak kajian, khususnya yang berkaitan haiwan dan tumbuh-tumbuhan kerana di dalam al-quran sendiri, memang banyak diperkatakan tentang haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Source: Admin
No comments:
Post a Comment