 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: Introduction

Introduction

i. Pengenalan: Bioteknologi 

Bioteknologi, satu perkataaan yang boleh didefinisikan dalam pelbagai makna, dan definisi ini akan sentiasa bertambah, di mana ianya bergantung kepada perkembangan bidang ini dari masa ke semasa. Definisi yang semakin bertambah ini merujuk kepada aplikasi bidang ini yang semakin meningkat, serta lebih banyak cabangnya yang baru dijumpai. Antara definisi-definisi berikut ialah:

- Aplikasi biologi terhadap organisma dalam sesuatu industri.
- Menggunakan organisma hidup, atau produk daripadanya, untuk menghasilkan sesuatu produk lain, atau menyelesaikan sesuatu masalah.
- Aplikasi sains dan teknologi kepada organisma hidup, serta bahagian-bahagianmya, produk dan model itu, untuk mengubah kehidupan atau bahan-bahan bukan hidup untuk menambah pengetahuan, menghasilkan barangan serta perkhidmatan (OECD).
- Menghasilkan sesuatu yang berharga dan berguna, menggunakan biologi.
-"Bioteknologi bererti sebarang penggunaan teknologi yang menggunakan sistem biologi, organisma hidup, atau teori terhasil darinya, bagi menghasilkan atau mengubah barangan atau proses bagi kegunaan khusus." (wikipedia.org)

Dalam bidang bioteknologi, ia mempunyai pelbagai cabang atau kategori lain. Penerangan mengenai kategori ini boleh didapati di tab "Information". Video dibawah menerangkan serba sedikit mengenai bidang bioteknologi.

 Biotechnology: An Introduction
Source: http://www.youtube.com/watch?v=nnSYigHofb0

Sumber: 
BTEC101 Victoria University
http://www.youtube.com/watch?v=nnSYigHofb0
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bioteknologi



 ii. Pengenalan Bioteknologi Malaysia

Bioteknologi, merupakan satu bidang yang bukanlah terlalu baru diperkenalkan di Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini, barulah ia mula diperkatakan oleh masyarakat umum, khususnya setelah dipopularkan penggunaan, aplikasi serta kelebihannya oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2004. 

Pada akhir tahun 1970-an, bioteknologi di Malaysia mulai dikenal sebagai salah satu revolusi teknologi yang menjanjikan pulangan lumayan di abad ke 20 ini. Seterusnya pada tahun 2004, bioteknologi telah mula disenaraikan dalam belanjawan tahunan Malaysia (http://www.recom.org/), dan pada setiap tahun berikutnya, bajet yang diperuntukkan bagi bidang ini semakin bertambah. Pada tahun 2008, bajet untuk sektor bioteknologi telah meningkat kepada RM 236 juta. Ini merupakan satu jumlah yang agak besar, dan sekaligus membuktikan bahawa sektor bioteknologi semakin diambil perhatian, setaraf dengan sektor-sekotr lain seperti pertanian, kejuruteraan serta perubatan.

"Biotechnology Sector
41. In the context of supporting private sector initiatives in the biotechnology industry, the Government will continue to provide infrastructure and technological facilities. For this purpose, a sum of RM236 million is provided in the 2008 Budget. Among the projects are the acquisition of technology, development of biodiversity research centre and biotechnology commercialisation centre as well as anti-cancer compound research. To encourage cooperation between biotechnology companies and local universities, Bionexus status companies will be allowed to use the laboratories and research facilities at local universities, thereby optimising the capacity of research laboratories and facilities at local universities." - http://science.kukuchew.com

Diagram: Malaysia's Biotechnology Focus Area
Source: http://www.biotechcorp.com.my/PublishingImages/focus_area.jpg

Secara umumnya, kepentingan bioteknologi mencakupi pelbagai bidang lain di Malaysia, di mana ia berpotensi untuk memberi sumbangan dalam bidang pertanian, pendidikan, kesihatan, sumber alam dan semulajadi. Di peringkat nasional, bioteknologi telah dibahagikan kepada 7 kategori, dan kategori-kategori ini akan menjadi tumpuan negara untuk dimajukan. Tujuh kategori berikut ialah:

-Bioteknologi Molekul (Molecular Biotechnology)
-Bioteknologi Tumbuhan (Plant Biotechnology)
-Bioteknologi Haiwan (Animal Biotechnology)
-Bioteknologi Perubatan (Medical Biotechnology)
-Bioteknologi Alam Sekitar dan Industri (Natural and Industrial Biotechnology)
-Biofarmasi (Biopharmacy)
-Bioteknologi Makanan (Food Biotechnology)

Sumber:
http://bioteknologimalaysia.tripod.com/
http://www.recom.org/forum/archive/index.php/t-1241.html
http://science.kukuchew.com/2007/09/07/malaysia-2008-budget-biotechnology-sector/



iii. Kejayaan Bioteknologi Malaysia

Kejayaan industri bioteknologi di Malaysia walaupun masih baru, namun kini harus kita hargai kerana ia telah mencapai satu kejayaan yang boleh dibanggakan. Ini merupakan hasil kesungguhan pakar dan ahli sains tempatan dalam membangunkan bidang bioteknologi Malaysia. Seterusnya, sokongan daripada kerajaan yang menyediakan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menyeluruh turut banyak menyumbang kepada kejayaan itu. Kebanyakan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) dalam bidang bioteknologi di Malaysia dijalankan di sektor awam. Oleh yang demikian, untuk memperkenalkan dan menyelaraskan aktiviti bioteknologi Malaysia di sektor awam, National Biotechnology Directorate (BIOTEK) telah ditubuhkan. Selain daripada menjalankan dua tugas penting seperti yang disebutkan, BIOTEK turut berusaha mempromosikan penyertaan sektor awam dan swasta serta meningkatkan kesedaran masyarakat awam terhadap kepentingan sektor bioteknologi di Malaysia, dan perkembangannya secara global.

BIOTEK Malaysia Logo
Source: http://www.incob2011.org/uploads/3/6/2/8/3628194/245820.jpg?155

BIOTEK turut menubuhkan National Biotechnology and Bioinformatics Network dan ia merupakan rangkaian ICT yang akan mempromosi perkongsian pengetahuan dan maklumat di kalangan komuniti bioteknologi Malaysia. Setakat hari ini, Malaysia berjaya menghasilkan sebanyak 10 produk bioteknologi, dan 2 daripadanya telah dikomersialkan iaitu produk reagen biologi (biological reagent) dan vaksin denggi. Lapan produk bioteknologi Malaysia yang lain ialah beras transgenik (transgenic rice), anti kanser daripada mempisang (Goniothalamus sp.), kit pengesan penyakit malaria (detection kit for malaria disease), kit pengesan penyakit denggi (detection kit for dengue disease) , kit pengesan penyakit Japanese Encephalitis (detection kit for JE), orkid wangi, tulips dan agen kawalan nyamuk Bacillus Spheres. Kejayaan lain yang turut dicapai Malaysia ialah apabila dapat mempatenkan produk perkembangan bioplastik (development of bioplastic) dan pati Tongkat Ali dan pegaga (extract of Tongkat Ali and Pegaga). Kedua-dua produk yang dipatenkan itu adalah hasil kerjasama penyelidikan di antara Malaysia dan Massachusetts Institute of Technology (MIT).

 Picture: Malaysia - MIT Biotechnology Partnership Programme
Source: http://www.ebgroup.upm.edu.my/wp/wp-content/uploads/2010/07/eb-mit.jpg

Bagi memastikan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (P&P) terpelihara hak ciptanya maka empat produk P&P bioteknologi Malaysia yang lain turut dipatenkan. Produk-produk itu ialah kit pengesan Brugia malayi (detection kit for Brugia malayi), gen (gene) dari virus denggi untuk vaksin, gen dari virus denggi untuk rawatan dan menentukan gen dari adenovirus. Selain itu, pencapaian cemerlang Malaysia dalam bidang berkenaan ialah menghasilkan 5 proses untuk bioteknologi Malaysia. Proses-proses itu ialah jus jernih (clarified juice), penyuburan tulip mengikut keperluan (cultivation of tulip under condition), prototaip kit pengesan penyakit pembawa Tifoid (prototype kits for diagnosis of Typhoid carrier), perkembangan semburan vaksin untuk Pasteurella (development of spray vaccine for Pasteurella) dan menyuntik bakteria sebagai baja tiruan (bacterial innoculants as biofertiliser).

Picture: Plant Biotechnology
Source: http://i380.photobucket.com/albums/oo241/Biolovepulse/Misc/basf-949686-plant-biotechnology-lg.jpg

Menyedari kepentingan bidang bioteknologi Malaysia dalam era ini, beberapa langkah untuk memantapkan aktiviti bioteknologi Malaysia di negara ini telah dilakukan dari semasa ke semasa. Justeru, aktiviti P&P dalam bidang ini telah dipergiatkan lagi dan setakat ini, sebanyak 6 penemuan yang membanggakan berjaya ditemui. Enam penemuan itu ialah 4 gen berkaitan beras dan orkid, dan 2 gen berkaitan virus Japanese Encephalitis.

Sumber:
http://bioteknologimalaysia.tripod.com/
http://www.recom.org/forum/archive/index.php/t-1241.html
http://science.kukuchew.com/2007/09/07/malaysia-2008-budget-biotechnology-sector/

back to top