 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: FAQs

FAQs

Frequently Asked Questions (FAQs)

1. Bagaimana hala tuju saya selepas belajar jika mengambil jurusan bioteknologi?

Selepas menamatkan pelajaran (kebiasaannya Ijazah Sarjana Muda), anda mempunyai beberapa pilihan, sama ada untuk menyambung pengajian di peringkat  Master, dan seterusnya PhD. Selain itu, anda juga boleh mencuba untuk memohon pekerjaan yang bersesuaian dengan kelulusan anda. Terdapat banyak agensi yang memerlukan tenaga anda, contohnya MARDI (http://www.mardi.gov.my), Sime Darby (http://www.simedarby.com), BiotechCorp Malaysia (http://www.biotechcorp.com.my), MPOB dan sebagainya. Sila rujuk laman web untuk lebih informasi. Anda juga boleh menggunakan lamab web JobStreet (http://www.jobstreet.com.my).


2. Apa potensi pekerjaan yang boleh saya ceburi dengan kelulusan bioteknologi?

Selepas menamatkan pelajaran dalam peringkat diploma atau ijazah, anda berpeluang untuk menjadi tutor, atau pembantu makmal, atau pembantu penyelidik (research assistant). Juga terdapat pekerjaan lain sekiranya anda memohon di MARDI, atau BiotechCorp, namun, mungkin lebih baik sekiranya anda melanjutkan pengajian di peringkat lepasan ijazah (post-graduate) agar anda mempunyai kelayakan yang lebih tinggi di bidang pekerjaan. Justeru, anda berpotensi untuk mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yang lebih baik. Sila rujuk tab "Information" kerana terdapat sedikit maklumat tentang potensi pekerjaan dalam bidang bioteknologi.


3. Adakah saya berpotensi untuk menganggur walaupun berkelulusan ijazah bioteknologi?

Ianya bergantung kepada usaha anda dalam mencari pekerjaan kerana peluang pekerjaan sentiasa ada. Dinasihatkan agar anda tidak terlalu memilih dalam mendapatkan pekerjaan di peringkat awal dan belajar untuk bermula daripada bawah. Kebanyakan majikan mengambil kira pengalaman yang seseorang ada dalam memilih pekerjanya.


4. Adakah sukar untuk berjaya jika menceburi bidang bioteknologi ini?

Seperti bidang-bidang lain, bidang bioteknologi juga memerlukan usaha yang gigih dalam mendapatkan kejayaan. Bidang ini memerlukan minat dan fokus yang mendalam. Namun, seandainya anda tidak mempunyai minat, minat itu boleh ditimbulkan ketika dalam proses pembelajaran kerana bidang ini sangat menarik minat dan tidak sukar untuk difahami. Tambahan pula, bidang ini mempunya banyak cabang-cabang kecil, dan anda boleh memilih cabang yang mana satu mengikut minat anda. Di peringkat awal atau pengenalan, bidang ini agak mudah, namun mungkin ianya menjadi semakin sukar dalam tahun 2 dan 3 pengajian.


5. Apakah yang saya perlukan untuk berjaya dalam bidang bioteknologi?

Seperti yang disebutkan diatas, bidang bioteknologi memerlukan minat dan fokus yang mendalam. Jadual pengajian anda akan menjadi agak sibuk dan padat berbanding dengan beberapa bidang lain. Namun, seperti bidang kejuruteraan, atau bidang-bidang sains yang lain, anda mungkin perlu menghabiskan banyak masa di makmal kerana kebiasaannya, subjek yang berkaitan bidang ini mempunyai kerja makmal yang agak banyak dan anda akan dapat menimba banyak pengalaman daripada kerja makmal tersebut.


6. Di Malaysia, bidang kategori bioteknologi yang manakah paling membangun?

Di Malaysia, bidang kategori yang paling pesat membangun ialah bidang pertanian, atau agrikultur. Ini kerana hasil usaha bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah menggiatkan lagi kerja-kerja pengembangan bidang ini. Tambahan pula, Malaysia juga kaya dengan sumber-sumber semulajadi, seperti kelapa sawit atau getah, juga kaya dengan spesis-spesis semulajadi haiwan, atau tumbuhan. Daripada potensi ini, pelbagai kemajuan dapat dicapai melalui kajian-kajian dalam  bidang bioteknologi.  Ianya banyak dibantu oleh kajian yang dilakukan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), khususnya. Namun, kategori-kategori bioteknologi turut membangun di Malaysia, contohnya perkembangan dalam kajian protein, biokimia, dan sebagainya. Ianya selaras dengan perkembangan yang berlaku di seluruh dunia.


7. Apakah bezanya pelajar berkelulusan bioteknologi dari IPTA/IPTS tempatan berbanding lulusan luar negara?

Sekiranya anda menuntut di dalam negara, anda mempunyai kelebihan iaitu lebih biasa dengan perkembangan bioteknologi di Malaysia, termasuk isu-isu berkaitan bidang ini yang berlaku di Malaysia. Sekiranya anda menuntut di luar negara, anda juga mempunyai kelebihan, iaitu merasai kemajuan bidang teknologi di negara tersebut, serta dapat mengaplikasikan kepakaran tersebut di Malaysia. Tambahan pula, mungkin suasana pembelajaran di luar negara akan mempengaruhi cara anda bekerja, cara anda belajar, serta cara anda berfikir.


8. Sejauh manakah hala tuju sektor bioteknologi di Malaysia?

Dalam bidang bioteknologi, Malaysia mempunyai potensi yang tinggi. Ianya dapat dilihat melalui pencapaian-pencapaian oleh Malaysia dalam kajian-kajian di Malaysia. Perkembangan di Malaysia selaras dengan perkembangan bioteknologi dunia. Malaysia mungkin dapat belajar lebih daripada negara-negara yang telah lama dalam bidang ini seperti Amerika Syarikat, China, dan negara-negara eropah.


9. Mengapakah hanya tikus yang biasa digunakan dalam eksperimen-eksperimen?

Dalam eksperimen (biasanya dilakukan untuk melihat kesan tindak balas sesuatu produk baru, sebelum dibenarkan memasuki pasaran semasa), kebiasaannya, ahli sains menggunakan tikus sebagai haiwan makmal. Hal ini disebabkan beberapa faktor pemilihan tikus seperti harganya yang murah dan mudah didapati untuk uji kaji, tempoh masa pembesaran serta pembiakannya yang cepat memudahkan ahli saintis mendapatkan hasil kajian. Selain itu, ahli sains mempunyai data yang cukup tentang latar belakang tikus seperti  cara hidupnya, keperluannya dan sistem fisiologinya dimana faktor-faktor ini penting sebelum eksperimen dijalankan ke atas sesuatu hidupan. Tambahan pula, data tentang genetik tikus (tikus putih - mice) juga telah diketahui, dimana bilangan kromosomnya yang hampir dengan manusia (22 berbanding 24 bagi manusia).

(Sumber: http://uk.answers.yahoo.com/question/index?qid=20090420110550AAoYtJp)


Perkembangan bidang bioteknologi di seluruh dunia telah menyebabkan wujud pelbagai isu-isu berkaitan etika dan moral. Ianya dibangkitkan oleh sebilangan yang tidak bersetuju dengan perubahan yang dilakukan terhadap organisma hidup, termasuklah kebenaran untuk uji kaji terhadap haiwan makmal seperti tikus. Soalan-soalan berkenaan topik-topik yang berkaitan adalah seperti di bawah.

1. FAQs berkenaan Genetically Modified Organisms (GMO)

Sila rujuk http://www.ofabafrica.org/faqs.php


2. FAQs berkenaan Bioteknologi Tumbuhan (Plant/Agricultural Biotechnology)

Sila rujuk http://www.fas.usda.gov/itp/biotech/Qs_As.asp


3. FAQs berkenaan Bioteknologi Makanan (Food Biotechnology)

Sila rujuk http://foodsafety.k-state.edu/en/search.php?a=2&fc=8&n=15&o=date&s=&t=faqs


4. FAQs berkenaan Bioteknologi Haiwan (Animal Biotechnology)

Sila rujuk http://www.bio.org/foodag/animal_biotech/


Contact Us
Blogger:
Megat Ikhwan Megat Khas
+64226747958
jerzey_mk@yahoo.com

back to top