 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: [GENERAL BIOTECH] Bioteknologi Bukan Asing Bagi Malaysia

Tuesday, June 28, 2011

[GENERAL BIOTECH] Bioteknologi Bukan Asing Bagi Malaysia

 "Peranan Malaysia dalam bidang bioteknologi bukan lagi sekadar memenuhi jemputan sebaliknya melalui komitmen kerajaan dan Biotechcorp. Fasa mengkomersilkan bidang ini bakal menjana pendapatan dan peluang pekerjaan."

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dalam rangka lawatan empat hari ke Washington akan merasmikan Konvensyen Antarabangsa Bio 2011.

Bercakap mengenai bioteknologi, ia bukan asing bagi Malaysia, apatah lagi negara kini sudah masuk ke fasa pengkomersilan.

Halim Mohamed yang membuat liputan berkenaan melaporkan, hasil kerja makmal sains oleh Biotechcorp sejak tujuh tahun lalu kini sedia dipersembahkan kepada dunia.

Melalui Malaysian Bio-Xcell Sendirian Berhad iaitu cabang Biotechcorp, ekosistem bioteknologi serta penguasaan negara sebagai hab bioteknologi serantau akan dikongsi.

Taman bioteknologi Bio-Xcell yang terletak di Iskandar Malaysia, Johor kini sedia menerima syarikat asing yang berminat.
Picture: Bio X-cell Malaysia  
Source: http://www.jobstreet.com.my/logos/agenalogos/bioxcell.jpg

Ia bukan pelaburan sia-sia kerana ada daya penarik.

RAJA RIDZWA RAJA ABDUL AZIZ/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BIO-XCELL
"The location is such very close to various supporting infra. We have access five major ports - three in Malaysia, two in Singapore. Access in two major airports - one in Johor, one in Singapore. One of the reason why our clients are attracted to Bio-Xcell because access and connectivity they have to the ASEAN markets."
(Lokasi sangat strategik dengan infrastruktur sokongan seperti lima pelabuhan utama - tiga di Johor, dua di Singapura. Laluan kepada dua pelabuhan utama, Johor Bahru dan Singapura. Salah satu sebab lagi kenapa pelabur tertarik dengan Bio-Xcell adalah kerana laluan mudah serta pasaran ASEAN.)

Inovasi dari makmal penyelidikan kini dibawa ke pasaran dan sejumlah RM950 juta dilabur bagi menarik penggiat bio dunia oleh Biotechcorp melalui Bio-Xcell.

Lihat berita rakaman di sini.

Sumber: TV3 (via HALIM  MOHAMED/ahalim@tv3.com.my)

No comments:

Post a Comment

back to top