Seperti yang disebutkan dalam 'post' sebelum-sebelum ini, ilmu bioteknologi juga didapati dari dalam al-Quran. Selain berkenaan haiwan, terdapat juga ilmu dari al-Quran berkenaan biologi atau bioteknologi tumbuhan. Seperti ayat dibawah, Allah menceritakan bagaimana tanaman itu tumbuh dengan kuasanya, atas bantuan air dari hujan (juga mata air), ianya mengeluarkan warna yang pelbagai, juga jenis tanaman yang pelbagai.
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi matair-matair di bumi; kemudian Ia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Ia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
[Surah Az-Zumar (39):21]
[Surah Az-Zumar (39):21]
Idea ini mungkin boleh kita kaitkan dengan teori penemuan atau idea asal genetik oleh Gregory Mendel, dimana beliau menjalankan pemerhatian ke atas tumbuhan mengikut warna dan jenis yang berbeza-beza. Seterusnya Allah juga mengingatkan, di akhir ayat berikut, bahawasanya apa yang telah disebutkan mempunyai pelajaran bagi orang yang berfikir. Seperti kebanyakan ayat lain, khususnya yang berkenaan penciptaan alam, pasti Allah mengulang ayat tersebut; "Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna". Hal yang disebutkan adalah kerana, dalam setiap penciptaan Allah, tersirat 1001 rahsia berkenaan alam, dan oleh sebab itu, manusia harus selalu berfikir, khususnya mereka yang dibidang kajian, dan mungkin ini boleh dijadikan sebagai idea baru untuk menjalankan eksperimen. Sesungguhnya Allah maha bijaksana, dan maha pemurah terhadap hambanya.
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment