 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: Education

Education

Dalam tab ini, saya akan berkongsi tentang silibus pelajaran, sewaktu dalam tempoh pembelajaran untuk mendapatkan kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda dalam bidang bioteknologi di Victoria University of Wellington, New Zealand. Saya masih lagi dalam tahun ke-2 menuntut di sini, daripada 3 tahun tempoh penuh program. Saya akan cuba berkongsi sebanyak mungkin silibus mata pelajaran, agar masing-masing dapat memanfaatkannya.


i. Bachelor of Science, Bsc (Biotechnology)

Di universiti ini, tempoh 3 tahun diperlukan untuk mendapatkan Ijazah dalam Bioteknologi, tidak seperti di Malaysia. Di Malaysia, kebiasaannya pelajar memerlukan 4 tahun bagi menamatkan pengajian, namun, mereka akan tamat dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian; BSc (Hons). Berbeza dengan di universiti ini, pelajar perlu memohon semula untuk menyambung pengajian di peringkat kepujian, dan memerlukan sekurang-kurangnya markah purata B+ bagi mendapatkan surat tawaran menyambung pengajian di peringkat lepasan ijazah (post-graduate).

Dalam bidang bioteknologi, 3 tahun tempoh pengajian merangkumi:
Tahun 1: Pengenalan kepada Bioteknologi (Introduction to Biotechnology)
Tahun 2: Bioteknologi Molekul (Molecular Biotechnology)
Tahun 3: Teknik Bioteknologi & Pemprosesan (Biotechnological Techniques and Processes)

Untuk tahun pertama, kami hanya diajarkan asas-asas dalam bioteknologi, sama ada pengenalan terhadap bidang ini, teknik-teknik yang biasa digunakan, isu-isu semasa berkaitan bioteknologi, serta isu bioteknologi di New Zealand.

"The aims of this course are to provide a solid understanding of the pure and applied science underlying the biotechnology industry, and to provide insight into the cultural and ethical values, and economic and political issues, that this science must align with. Particular focus in lectures will be given to the techniques and applications of recombinant biotechnology in microbes, plants and animals; the harnessing of natural resources; reproductive and health-related biotechnology, including drug discovery and development; and the regulation of biotechnology, in particular in New Zealand." - Course Outline BTEC101 2010

Bagi tahun pertama (100-level), bagi subjek bioteknologi (BTEC101: Introduction to Biotechnology), cara penilaian subjek ini adalah berdasarkan 40% markah penilaian semasa semester (internal assessment), dan 60% markah penilaian bagi peperiksaan akhir semester (final examination). 40% markah penilaian semasa semester adalah merangkumi 25% daripada ujian dan 15% daripada ujian karangan berkenaan isu bioteknologi di New Zealand. Untuk lulus dalam subjek ini, sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan perlu dicapai, dan sekurang-kurangnya 40% markah daripada peperiksaan akhir tahun harus diperolehi.

Assessment item
Weighting
Date
Terms Test (50 min)
25%
01/04/2010
Essay Assignment
15%
due 24/05/2010
Examination (2 hours)
60%
to be announced
 
Bagi tahun kedua (200-level), subjek berkenaan bioteknologi ialah BTEC201: Molecular Biotechnology. Subjek ini lebih sukar berbanding subjek pada tahun pertama dan pengajian yang lebih mendalam iaitu berkenaan molekular bioteknologi. Subjek ini turut melibatkan eksperimen. Selain itu, subjek ini juga merangkumi kajian terhadap isu-isu etika berkenaan aplikasi bioteknologi, serta isu komersial.

Cara penilaian subjek ini adalah berdasarkan 40% markah penilaian semasa semester (internal assessment), dan 60% markah penilaian bagi peperiksaan akhir semester (final examination). 40% markah penilaian semasa semester adalah merangkumi 20% daripada ujian dan 20% daripada laporan eksperimen, atau ujian karangan. Untuk lulus dalam subjek ini, sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan perlu dicapai, dan sekurang-kurangnya 40% markah daripada peperiksaan akhir tahun harus diperolehi.

Assessment item
Weighting
Date
Terms Test (50 min)
20%
12/08/2011
Essay/Assignment
20%
17/10/2011
Examination (2 hours)
60%
to be announced

Bagi tahun ketiga (300-level), subjek berkenaan bioteknologi ialah BTEC301: Biotechnological Techniques and Processes. Subjek ini adalah paling sukar, dan mencabar, serta mempunyai tahap kesukaran yang tinggi, mungkin disebabkan ianya adalah subjek pada tahun ketiga. Subjek ini adalah berkenaan teknik-teknik yang diaplikasikan oleh ahli saintis dalam makmal bioteknologi, serta pemprosesan bahan bioteknologi.

"Aim: To focus on some aspects of intellectual property and commercialisation, but primarily science-focused"
  
"Aims: The aims of this course are to introduce the biotechnology industry, through an introduction to microbial, plant and animal biotechnology and examples of biotechnological innovation, harnessing natural resources, chemical genetics, and reproductive and health-related biotechnology. These examples will be considered against a background of cultural and ethical values, and commercial and political issues. A key focus will be the understanding of important biotechnological processes and events at a molecular level." - Course Outline BTEC201 2010, Victoria University of Wellington, New Zealand.

Cara penilaian subjek ini adalah berdasarkan 40% markah penilaian semasa semester (internal assessment), dan 60% markah penilaian bagi peperiksaan akhir semester (final examination). 40% markah penilaian semasa semester adalah merangkumi 25% daripada ujian dan 15% daripada laporan eksperimen. Untuk lulus dalam subjek ini, sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan perlu dicapai, dan sekurang-kurangnya 40% markah daripada peperiksaan akhir tahun harus diperolehi.


ii. The Subjects

Sekarang, kita akan melihat dengan lebih mendalam tentang subjek-subjek yang diajar di dalam bidang ini. Pada tahun pertama, untuk subjek BTEC101, tajuk-tajuk syarahan adalah seperti berikut: 

Date
Block
Example topics
Lecturer
01/03/2010
(16 Lectures; note that Dr Parkinson’s 2 lectures below will occur before Dr Ackerley’s lectures are complete)
Setting the Scene: Introduction to Biotechnology and Molecular Biology; Recombinant and Medical Biotechnology
Course introduction.  What is biotechnology? Types of biotechnology. Molecular Biology: DNA, RNA and proteins as tools for biotechnology. Introduction to recombinant and microbial biotechnology. PCR. Generation of transgenic plants and animals. Medical biotechnology: animal models, clinical trials, genetics.
Dr David Ackerley
25-26/03/10
Forensic Biotechnology
Just how silly is CSI?
Dr Rachel Parkinson
01/04/2010
Terms Test (worth 25% of final grade)
02/04/2010
Easter and mid-trimester break
19/04/2010
(7 Lectures)
Biodiscovery and Innovation.
International and national examples of innovation. Pharmacology and clinical trials. Successes and failures.
Dr Jacquie Harper
30/04/2010
(5 Lectures)
Society, Ethics, and Regulation*
*assessed by essay assignment only
Social history of biotechnology. Social and ethical concerns.  Political dimensions of biotechnology.  Future trends. Communications workshop.
Dr Karen Cronin
11/05/2010
(2 lectures)
Bioprospecting
Finding new drugs and genetic resources in nature: where, how, what? Biopiracy, and compensation of indigenous people.
Dr David Ackerley
14/05/2010
(3 Lectures)
Drug Design
Other sources of drugs, and what comes next?  Examples of natural product screening, rational drug design.
Dr Shivali Gulab
21/05/2010
(6 Lectures)
Reproductive Biotechnology
Human reproductive technologies: introduction, underlying science, topical issues, ethics and regulation.
Dr Joy McIntosh, Dr Diane Ormsby
04/06/2010

Exam Tutorial
Format, priorities, study and exam techniques.
Dr David Ackerley

Seterusnya pada tahun kedua, subjek BTEC201 diajarkan berdasarkan rangka berikut:
 
Date
Block
Example topics
Lecturer
11/07/2011
Introduction to Molecular Biotechnology: Nucleic AcidsVariations and applications of PCR, DNA sequencing and analysis, the Human Genome Project, construction and screening of cDNA libraries.
Dr David Ackerly
26/07/2011

Microbial & Plant Biotechnology and Protein Engineering
Heterologous protein expression in microbes, rational and non-rational protein engineering, synthesis of commercial products by microorganisms. Molecular biology of plants and GE methods, applications, and controversies.
Dr David Ackerley
15/08/2011

NZ Biotech Regulation, Protein Therapeutics, and System Biology
NZ biotech regulation and companies, development, production, and uses of protein therapeutics, cloning animals as bioreactors, networks, targets, epigenetics, chemical genetics, and system biology.
Prof Paul Atkinson
15/09/2011

Reproductive and Biotechnology
The female reproductive system - oocyte development and communication, and infertility. The male reproductive system - morphology and function and behavioral consequences. Reproductive strategies and biocontrol of populations. Contraception.
Dr Dough Eckery, Dr Janet Crawford
05/10/2011

Commercialisation of Biotechnology
Enterpreneurship and development of effective biotechnology strategies and business plans.

Dr G J



Untuk tahun ketiga, saya masih tidak mempunyai data mengenainya kerana saya masih lagi berada dalam tahun kedua. Namun, saya akan cuba untuk mendapatkannya daripada senior.

Seterusnya adalah berkenaan eksperimen, di mana ianya dijalankan dalam waktu makmal. Untuk tahun pertama, tiada waktu makmal untuk subjek ini, namun pada tahun kedua, iaitu selepas bahagian kedua semester, pelajar perlu menghadiri waktu makmal dan menghantar laporan makmal untuk penilaian. Juga untuk tahun ketiga, pelajar perlu menghadiri waktu makmal dan menghantar laporan makmal untuk disemak dan dinilai.
Contoh waktu makmal adalah seperti diatas. Contoh untuk pelajaran dalam waktu makmal adalah seperti berikut, iaitu berkenaan "Suicide Gene Therapy". 

Picture: How Suicide Gene Therapy occurs - The Theory
Picture: Results from experiment
Picture: Students in the lab
Picture: Experiment is in process
Picture: Results from the lab ready for observation and analysis
 Seterusnya, untuk mendapatkan Ijazah dalam Sains, terdapat juga subjek lain yang perlu dilengkapkan seperti Biologi (BIOL), Kimia (CHEM), Falsafah (PHIL), Pengurusan Teknologi (TECH), dan Statistik (STAT). Ringkasan subjek yang perlu diambil serta subjek-subjek pilihan adalah seperti dibawah. 

100-level: BIOL111, CHEM114, CHEM115, STAT193,PHIL106/228, BTEC101
200-level: BIOL241, BTEC201, at least two from BIOL236/244/252; CHEM201/205
300-level: BTEC301, TECH302, at least one from BIOL334/339/340; CHEM301/305

BIOL111: Cell Biology
BTEC101: Introduction to Biotechnology
CHEM114: Principles of Chemistry
CHEM115: Structure and Spectroscopy
STAT193: Statistic for Social and Natural Sciences
PHIL106: Contemporary Ethical Issues

PHIL228: Ethics and Genetics
BIOL236: Environmental Microbiology
BIOL241: Genetics
BIOL244: Introductory Biochemistry
BIOL252: Cell and Developmental Biology
BTEC201: Molecular Biotechnology
CHEM201: Organic Chemistry
CHEM205: Chemical Laboratory Methods and Processes

BIOL334: Cell and Immunobiology
BIOL339: Cellular Regulation
BIOL340: Genes and Genomes
BTEC301: Biotechnological Techniques and Processes
CHEM301: Organic Chemistry
CHEM305: Chemistry Synthesis Laboratory
TECH302: Technology Development and Management


Kebiasaannya, untuk memperolehi Ijazah dalam Sains (Bsc), universiti di luar negara mempunyai sistem tersendiri dan berbeza-beza walaupun di negara yang sama. Contohnya, di universiti kami, kami perlu melengkapkan jumlah keseluruhan 360 markah dalam tempoh 3 tahun. Ianya haruslah termasuk 210 markah daripada subjek tahun kedua (200-level) dan 75 markah daripada subjek tahun ketiga (300-level). Penerangan lanjut di sini, dan di sini. Video di bawah menerangkan serba sedikit tentang Fakulti Sains di Victoria University of Wellington, New Zealand.

Faculty of Science

School of Biological Sciences

Tour de Campus - Kelburn Campus

Tour de Campus - Pipetea Campus

 Tour de Campus - Te Aro Campus

Tour de Campus - Karori Campus


iii. Current Studies

Setelah hampir sebulan bermula kelas bagi semester kedua bagi tahun kedua, kepayahan semakin dirasai, khususnya dari subjek Bioteknologi Molekul (BTEC201). Semakin hari, semakin banyak pelajaran baru yang diajarkan. Turut diajarkan perkembangan semasa, iaitu penemuan kajian baru 'prodrug' di Auckland, oleh salah seorang rakyat New Zealand, dimana penemuan ini mendatangkan untung yang berbilion-bilion. 

Pada minggu pertama, kami diajarkan tentang asas-asas tulang belakang DNA, ataupun 'DNA nucleotides', iaitu asid nukleik (nucleic acids). Ini termasuk ulang kaji serba sedikit daripada pelajaran tahun lepas. Seterusnya, kami diajarkan mengenai protein; 'Protein: Screening, Expression, Purification'. Dalam pelajaran ini, kebanyakannya adalah perkara-perkara baru, disamping teknik-teknik yang bakal diapliasikan dalam makmal, yang akan bermula selepas cuti pertengahan trimester nanti. Pensyarah turut menyelitkan sekali maklumat-maklumat tambahan disamping nota-nota yang perlu dilengkapkan. Turut menarik perhatian, pensyarah kami akan sentiasa memberikan rehat kepada kami selepas 30 minit pelajaran bermula, dimana beliau akan menayangkan video-video yang lucu, bagi menenangkan 'mood' pelajar. Tindakan seperti ini wajar dilakukan bagi memberikan rehat seketika ketika suasana tegang dalam kelas. Diharapnya saya akan dapat terus menyesuaikan dengan pelajaran-pelajaran baru ini. Wallahu'alam. 
back to top