 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: [GENERAL BIOTECH] Bioteknologi di Malaysia Terus Signifikan

Sunday, July 10, 2011

[GENERAL BIOTECH] Bioteknologi di Malaysia Terus Signifikan

WASHINGTON 29 Jun – Malaysia yang masih baru dalam industri bioteknologi terus menunjukkan pertumbuhan yang signifikan apabila menyumbang 2.2 peratus kepada Keluaran Negara Kasar (GDP) pada tahun lalu malah sudah mempunyai 188 syarikat berkaitan sektor itu dalam tempoh enam tahun.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dengan Dasar Bioteknologi Nasional pada tahun ini memasuki fasa kedua iaitu pengkomersialan, sumbangan industri itu kepada GDP disasarkan mencecah lima peratus pada akhir 2020.

“Apabila melihat cabaran semasa yang dihadapi dalam abad ke-21 seperti isu keselamatan makanan, penyakit dan perubahan iklim – permintaan untuk inovasi yang dihasilkan daripada sumber asli dan mampan semakin mendesak.

“Dalam hal ini, Malaysia mengakui peranan yang kita boleh mainkan untuk memajukan sekor bioteknologi, industri dan pertanian dari peringkat rantau hinggalah sejagat,” katanya ketika berucap merasmikan Pameran BIO 2011 di Pusat Konvensyen Walter E. Washington, Selasa lalu (Rabu waktu Malaysia).

Muhyiddin ialah pemimpin asing pertama yang diberi penghormatan untuk merasmikan pameran sempena Konvensyen Antarabangsa BIO 2011, perhimpunan terbesar pemain industri bioteknologi dari seluruh dunia itu, bersama-sama Gabenor Maryland, Martin O‘Malley dan Presiden Pertubuhan Industri Bioteknologi (BIO)., James C. Greenwood.

Picture: Muhyiddin Yassin perkenalkan James C. Greenwood (kanan) kepada delegasi Malaysia sebelum merasmikan Pameran BIO 2011 di Pusat Konvensyen Walter E. Washington, kelmarin.
Source: http://beritaharian.org/bioteknologi-terus-signifikan.html

Di majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut merasmikan tapak pameran Bio-Excell.
Ditanya mengenai konvensyen yang disertai 1,700 peserta dari 30 negara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau kagum dengan penyertaan Malaysia dan berpendapat ia patut diteruskan.
“Kita tidak boleh tertinggal. Dasar kita dah betul dan landasan telah ditetapkan, jadi kita kena kembangkan untuk tambah nilai produk,” katanya pada sidang akhbar di Hotel Four Seasons selepas itu.

Daripada 188 syarikat yang ditubuhkan melalui program BioNexus dengan menikmati pelbagai insentif dan perkhidmatan berdasarkan Rang Undang-undang Jaminan yang disokong kerajaan, lapan milik penuh asing manakala 45 lagi adalah syarikat usahasama dari Amerika Syarikat, Australia, Belgium, Belanda, United Kingdom, India, Jepun, Singapura dan Taiwan.

Sejak pelancaran Bio-Xcell di peringkat global pada Konvensyen Antarabangsa BIO 2010 di Chicago, ia telah berjaya memperoleh tiga pelanggan utama – Biocon, India, GlycosBio, Amerika Syarikat dan Metabolic Explorer, Perancis dengan pelaburan lebih AS$200 juta. 

Sumber: UTUSAN

No comments:

Post a Comment

back to top