 © duniabioteknologi™ 2011  Dunia Bioteknologi: 2012

Monday, July 30, 2012

Bisnes dalam Bioteknologi

Salam wbt.

Bisnes - satu bidang yang berlaku dalam setiap bidang apa pun, termasuklah bioteknologi, bisnes merupakan bidang penting bagi menjana keuntungan dalam bidang ini. Dalam Research and Development (R&D), bisnes merupakan peringkat terakhir setelah bidang penemuan dan pengkajian selesai.

Pada tahun ke-3 kami di Victoria University of Wellington, New Zealand, turut diajar subjek pengurusan dimana kami diajar bagaimana membuka perniagaan sendiri. Ini sangat penting bagi melatih otak berfikir diluar bidang sains, supaya suatu hari nanti setiap orang berpotensi untuk membuka bidang perniagaan sendiri, dan bukan setakat terlibat dalam akademik dan R&D sahaja.

Pada tahun ke-2 yang lalu, kami turut didedahkan dengan ilmu dalam bisnes dan komersial bagi bioteknologi. Antara tajuk yang diajar ialah Commersialising, Intellectual Property dan sebagainya. Dengan ini, maka dapatlah kami berfikir diluar bidang sains, at least satu subjek dalam setahun.

Bagaimana pula di Malaysia?

Wallahu'alam.

Tuesday, April 17, 2012

Sains dan Islam

Salam dan Selamat Sejahtera,

Jika kita merenung perkembangan sains, maka kita tidak boleh lari daripada melihat perkembangan alam - dimana perkembangan alam ini kaitannya sangat dekat lah dengan Maha Pencipta.

Perkembangan sains giat berlaku, begitu juga perkembangan alam. Yang pasti kedua2nya berada dalam rancangan Allah Yang Maha Satu. Jika difikirkan, ramai ahli bijak pandai dalam bidang sains yang mempengaruhi perkembangannya, namu pasti kita pelik kerana yang bijak pandai pun tak cukup pandai untuk mengaitkan hubungan sains dan Maha Pencipta.

http://widewallpapers.org/nature-wallpapers/green-nature-wallpaper/309/

Inilah yang dikatakan "awesome" bagi umat2 islam yang sedar akan perkaitan hubungan sains dan juga alam, di mana keduanya adalah ilham daripada Yang Maha Satu. Kita boleh kaitkan ini dengan bidang seni juga, dimana artis menggunakan sumber alam bagi meningkatkan rasa kesedaran diri tentang penciptaan alam, dan terus menyebabkan kita terasa kecilkan perkembangan sains yg nampaknya seperti gah berkembang, jika mahu dikaitkan dengan perkembangan alam yg telah berlaku sejak dahulu lagi.

Lagu Maher Zain berikut - Open Your Eyes nyata menunjukkan unsur2 alam yang membangkitkan rasa teruja dengan ciptaan semulajadi Yang Maha Satu.


Semoga bertemu di post akan datang, wassalam!
back to top